Thursday, February 18, 2010

Nasehat Khalifah

ABU BAKAR r.a



1. Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara
2. Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa ujub kerana suatu perhiasan dunia, niscaya Allah akan murka kepadanya hingga dia melepaskan perhiasan itu.
3. Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah.
4. Dia berkata kepada para sahabat,"Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu, tetapi aku bukanlah org yg paling baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan kepadaku. Kalau aku bertindak lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka betulkan aku!"
5. Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang membinasakan yaitu : Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna




UMAR BIN KHATTAB r.a


1. Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri dan mengucapkan kata-kata lemah-lembut
2. Barangsiapa takut kepada Allah SWT nescaya tidak akan dapat dilihat kemarahannya. Dan barangsiapa takut pada Allah, tidak sia-sia apa yang dia kehendaki.
3. Jangan engkau percaya melihat kegagahan seorang lelaki. Tetapi jika mereka teguh memegang amanah dan menahan tangannya daripada menganiayai sesamanya, itulah lelaki yang sebenarnya.
4. - Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya
    - Orang yang suka menghina orang lain dia juga akan dihina
    - Orang yang menyintai akhirat dunia pasti menyertainya
    - Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain pasti kehormatan dirinya akan terjaga
5. Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yang dapat menimbulkan persangkaan, maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk kepadanya.




USMAN BIN AFFAN r.a.


1. Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah :
    • Hatinya selalu berniat suci
    • Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
    • Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
    • Segala perkara dihadapaiya dengan sabar dan tabah
    • Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.
2. Diantara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah :
    • Hatinya selalu berniat suci
    • Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
    • Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
    • Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
    • Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.




ALI BIN ABI THALIB r.a.


1. Nilai seseorang sesuai dengan kadar tekadnya, ketulusannya sesuai dengan kadar kemanusiaannya, keberaniannya sesuai dengan kadar penolakannya terhadap perbuatan jahat dan kesucian hati nuraninya sesuai dengan kadar kepekaannya terhadap kehormatan dirinya.
2. Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang bagaimana amalan itu diterima daripada banyak beramal, kerana sesungguhnya terlalu sedikit amalan yang disertai takwa. Bagaimanakah amalan itu hendak diterima?
3. Janganlah seseorang hamba itu mengharap selain kepada Tuhannya dan janganlah dia takut selain kepada dosanya.
4. Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya.
5. - Tiada sholat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'
    -Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia
    -Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya
    -Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara'
    -Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi
    -Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki
    -Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan
    -Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati
6. Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.
7. Kekayaan yg sebenar ialah akal , kepapaan yg sebenar ialah rusak akal . Sepi yang sebenarnya ialah kagum dengan diri sendiri dan kemuliaan yang sebenar ialah akhlak yg baik
8. Kemarahan orang yang berakal dilihat pada tindak tanduknya dan kemarahan yang ada pada orang jahil itu dapat dilihat melalui perkataannya
9. Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu bersuka- ria dengan dosa maka sesungguhnya kesuka-riaan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.
10. Orang-orang yang suka berkata jujur mendapatkan tiga hal, kepercayaan, cinta, dan rasa hormat.
11. Orang yang tidak menguasai matanya, hatinya tidak ada harganya


0 komentar:

Post a Comment